Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.Andai kau ingin bersahabat,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya,andai kau ingin bersahabat janganlah kerana sifat cerianya,kerana jika dia tidak pandai menceriakan,kau akan menyalahkannya,andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya kerana dia hanya manusia biasa.Jangan diharapkan dia sempurna kerana kau juga tidak sempurna.Jadi..bersahabatlah kerana Allah
0 comments:
Post a Comment